Polis beri amaran, jangan terlibat himpunan esok


Polis beri amaran, jangan terlibat himpunan esok

"Himpunan yang tak memberi sebarang manfaat..." - netizen

Tiada sebarang notis kebenaran diberikan berkaitan penganjuran himpunan yang didakwa akan diadakan di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, tiada sebarang permakluman diberikan berkaitan himpunan tersebut.

"Polis menerima maklumat berkaitan satu himpunan yang akan diadakan di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada petang esok, namun tiada notis permakluman kepada polis mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak menyertai himpunan tersebut.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terlibat dalam himpunan tersebut.

"Tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat," katanya.

Pada Jumaat, tular hantaran di media sosial mengenai satu himpunan yang akan diadakan di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE