Suspek bunuh suami direman 7 hari


Suspek bunuh suami direman 7 hari

"ibu kepada dua anak yang bertindak membunuh suaminya berusia 44 tahun dengan memukul bahagian kepala menggunakan objek tumpul."

JOHOR BAHRU – Suspek wanita yang bertindak membunuh suaminya di rumah mereka di Flat Nipah, Taman Daya, di sini semalam direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan dijalankan.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar, Melody Woon Sze Mun di Mahkamah Majistret Johor Bahru, di sini.

Suspek berusia 36 tahun yang memakai baju T berwarna putih tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru pada pukul 8.45 pagi.

Semalam, ibu kepada dua anak yang bertindak membunuh suaminya berusia 44 tahun dengan memukul bahagian kepala menggunakan objek tumpul.

Mangsa ditemui maut terbaring di dalam rumah berkenaan dengan anak sulung pasangan itu merupakan saksi kepada kejadian yang berlaku.

Wanita yang bekerja sendiri itu didapati positif penyalahgunaan dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, siasatan awal mendapati suspek membunuh suaminya yang berusia 44 tahun itu.

“Suspek yang ditahan pada pukul 9.15 pagi di kawasan berhampiran itu juga mempunyai tiga rekod jenayah lampau melibatkan dua kes dadah dan satu kes jenayah.

“Hasil siasatan awal mempercayai suspek membunuh mangsa kerana berada dibawah pengaruh dadah.

“Sementara itu, polis masih mengesan seorang lagi suspek lelaki yang dipercayai turut terlibat dalam kejadian berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Raub memberitahu, orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian berkenaan boleh menghubungi talian Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan iaitu 07-2182323 atau hubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintenden Kong Hock Peng di talian 019-7308888.

Katanya, dua anak mangsa yang berusia dua dan 11 tahun kini di bawah jagaan oleh ayah dan adik kepada mangsa.

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE