VIDEO - 2 Pelanggan Peluk Pekerja Wanita Tular


Dua pelanggan bergambar berpelukan dengan seorang pekerja wanita undang kecaman netizen

"Dah tua pun b*dh..." - netizen

PETALING JAYA – Adegan dua lelaki memeluk seorang pelayan wanita ketika bergambar mengundang pelbagai reaksi di laman sosial.

Menerusi perkongsian satu klip video di laman Twitter Anep memaparkan dua pelanggan lelaki tanpa segan silu telah memeluk bahagian pinggang dan bahu wanita berkenaan sewaktu sedang bergambar.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di sebuah kedai makan milik wanita tersebut dipercayai terletak di Setiu, Terengganu.

Susulan daripada itu, rata-rata orang ramai terkejut dengan tindakan tersebut yang dianggap memalukan dan tidak bermoral.

“Harap pihak berkenaan dapat memantau dan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang terlibat dengan gejala yang tidak bermoral ini,” kata seorang pengguna.

“Pihak berkuasa kena ambil tindakan segera. Rosak nama negeri Terengganu,” seloroh Shuhada.

“Aku ini baik tidaklah tetapi mengucap panjang juga tengok video ni. Perempuan itu terkenal di TikTok tetapi engkau tengoklah lelaki yang datang tu buat apa dekat dia,” komen seorang lagi pengguna. 




@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE