VIDEO - Minta duit turun dari langit, lelaki berbaju hitam teruk dikecam

Lelaki berdoa supaya Malaikat Jibril turunkan duit dari langit untuk pembinaan masjid dan bayar hutang tular di media sosial

“Jadi jangan risau, bayaran untuk tukang cat, tukang besi dan tukang konkrit sudah terjamin”, sambungnya

JAKARTA – Satu rakaman video memaparkan seorang lelaki Indonesia menadah tangan ke langit untuk meminta malaikat Jibril menurunkan wang menjadi tular di media sosial.

Dalam video yang disiarkan di laman Facebook Viral 20c, lelaki itu menadah tangan, melafazkan pujian lantas meminta Jibril menurunkan wang dari langit.

Jibril ialah malaikat suruhan Allah S.W.T yang bertanggungjawab menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad S.A.W. 

Perbuatan tersebut dilakukan di sebuah tapak pembinaan masjid tiga tingkat dan pelakunya berada di puncak bangunan.

Katanya, tempat yang dilawati itu merupakan kawasan suci yang belum diterokai oleh Youtuber, penjaga keramat dan dirinya sendiri.

Setelah sampai di puncak masjid, terdapat seorang lelaki berbaju hitam dan berkain pelikat kain biru hitam membaca doa sambil menadah tangan dan mendongakkan kepalanya ke langit.

“Ya Allah, Ya Allah, Masjid Karuhun, Masjid Kolot, turunkanlah rahmatMu. Jibril-Jibril turunkan rahmatMu, Jibril turunkan wang untuk membina dan membayar hutang masjid, jadikannya nyata Allahuakbar,” kata lelaki itu sambil diikuti orang sekelilingnya.

Dia meneruskan doa yang sama dan menjerit ‘banyak duit, banyak duit, turun dan turun’ yang diikuti dengan kalimah takbir.

“Jadi jangan risau, bayaran untuk tukang cat, tukang besi dan tukang konkrit sudah terjamin”, sambungnya sambil bertepuk tangan dan mengakhiri ritual tersebut.

Setakat semalam, video ini telah mendapat 24,442 tanda suka dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Video ini juga telah menerima 20,016 komen netizen dengan mencatat jumlah 3,442 perkongsian.




“Mereka semua memerlukan rawatan mental, mana-mana pihak sila hantar kakitangan hospital sakit jiwa beserta ambulans untuk mengangkut kumpulan ini,” komen seorang pengguna media sosial. – Agensi

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE