VIDEO - Rokok, vape bakal diharamkan...

Rokok, vape bakal diharamkan...

"Bayangkan negara kita tanpa asap rokok, bayangkan satu generasi tidak kenal apa itu rokok," - KJ

Akta untuk mengharamkan rokok, rokok elektronik (vape) dan semua alat merokok kepada golongan yang lahir selepas 2007 akan dibentangkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar di Parlimen, minggu hadapan.

Khairy Jamaluddin memberitahu, matlamat cadangan Generation End Game (GEG) itu adalah untuk mewujudkan generasi baharu yang bebas daripada perbuatan merokok pada masa akan datang.

"Bayangkan negara kita tanpa asap rokok, bayangkan satu generasi tidak kenal apa itu rokok," katanya menerusi hantaran video di laman TikToknya pada Isnin.

Beliau berkata, perkara itu tidak mustahil boleh berlaku dan boleh menjadi realiti di negara kita dengan peranan yang dimainkan oleh semua untuk meluluskan akta tersebut.

"Jika anda mahukan anak-anak dan cucu-cucu bebas daripada asap rokok, suarakanlah. Beritahu ahli Parlimen anda untuk sokong akta ini," katanya.

Pada 17 Februari lalu, kerajaan dilapor akan memperkenalkan akta baharu bagi melarang aktiviti merokok dan pemilikan sebarang produk merokok termasuk vape terhadap generasi muda.




Pengenalan akta baharu itu akan dapat mengurangkan generasi akan datang terdedah terhadap rokok dan produk tembakau kerana pengambilannya adalah faktor utama menyebabkan kanser dan menyumbang 22 peratus kematian akibat kanser.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE