VIDEO - "Saya tengok waze..." - pemandu Myvi

Tiga beranak jadi mangsa kereta dilanggar Myvi dari arah belakang yang dipandu laju

“Dia keluar dari kereta dengan selamba tanpa bantuan dan macam ada lebam pada mata selain tiada calar. Dia langsung tidak memandang ke arah kami." - kata mangsa

"Saya tengok waze..." - pemandu Myvi


KUALA LUMPUR – Tiga beranak termasuk kanak-kanak berdepan detik cemas apabila kenderaan jenis Mazda CX-8 dinaiki mereka dipercayai dilanggar sebuah kereta Perodua Myvi dari arah belakang di Terowong Penchala semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu menyebabkan Perodua Myvi terbalik dan insiden tersebut dirakam menerusi dashcam pemilik Mazda CX-8 serta tular di dalam media sosial, berserta beberapa video lain.

Penumpang kereta Mazda CX-8, Shalwiza Rahmat, 34, berkata, sewaktu kejadian, suaminya, Arif Bashah Kamal, 39, sedang memandu manakala dia dan anak lelaki, Adam Bashah duduk di kerusi penumpang di belakang.

“Saya terdengar bunyi sesuatu (dilanggar) dari belakang dan hentaman itu menyebabkan kenderaan kami beralih ke kiri serta menghentam dinding.

“Ketika kejadian kami berada di laluan tengah manakala, kereta Perodua Myvi pula berada di laluan ketiga dan sangat laju,” katanya

Dalam pada itu, Shalwiza berkata, selepas memastikan keadaan suami dan anak serta laluan di situ selamat, mereka keluar dari kenderaan kerana bimbang kejadian tidak diingini.

Katanya, dia turut menjerit kepada pemandu wanita kereta Perodua Myvi tersebut kerana naluri sebagai seorang ibu yang memikirkan keselamatan anak dan suami.

“Dia keluar dari kereta dengan selamba tanpa bantuan dan macam ada lebam pada mata selain tiada calar. Dia langsung tidak memandang ke arah kami.

“Saya jerit ke arahnya dan ia bukan suatu yang membanggakan. Pada saat itu sebagai ibu, saya sangat marah kenapa bawa kereta begitu laju,” dakwanya.

Mengulas lanjut, Shalwiza berkata, mereka telah mendapatkan pemeriksaan di sebuah hospital swasta manakala, laporan juga dibuat di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail semalam.

“Anak saya pula sangat tenang dan tidak menangis cuma dia ada bertanya berulang kali mahu menonton video, tetapi saya maklumkan ia sudah tiada.


“Saya cuma tunjukkan gambar kereta remuk dan dia ada menangis pagi tadi, mungkin trauma sedikit,” katanya.

Sumber : dash_azzra

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE