VIDEO - Sempat buat live naik motor bertiga sebelum ajal


Suami isteri maut dirempuh dari kereta dari belakang, anak(7 tahun) terselamat


"Si ibu sempat merakam detik-detik terakhir kejadian melalui penstriman Facebook Live. Berdasarkan rakaman tersebut, suaminya dipercayai sedang membelok untuk masuk ke simpang di sebelah kanan. Namun begitu, mereka tiba-tiba ‘disondol’ oleh sebuah kereta SUV dari arah belakang dipercayai ingin memotong pada waktu yang sama."


Malang tidak berbau, itulah ungkapan paling sesuai menggambarkan detik cemas yang tiba-tiba menimpa 3 sekeluarga ketika menunggang motosikal. Menurut laporan berita, difahamkan insiden tersebut berlaku di KM 10 Jalan Kunak-Tawau, Sabah sekitar jam 4.45 petang semalam.


Sempat buat FB Live naik motor bertiga…tak sangka rakam detik terakhir


Apa yang lebih menyayat hati, si ibu sempat merakam detik-detik terakhir kejadian melalui penstriman Facebook Live. Berdasarkan rakaman tersebut, suaminya dipercayai sedang membelok untuk masuk ke simpang di sebelah kanan. Namun begitu, mereka tiba-tiba ‘disondol’ oleh sebuah kereta SUV dari arah belakang dipercayai ingin memotong pada waktu yang sama. Akibat nahas itu, wanita warga Indonesia berusia 38 tahun disahkan menghembuskan nafas terakhir di lokasi kejadian.


Sabar ya sayang, mama tenang sudah di sana…di sebalik semua ni ada hikmahnya dik

Penunggang motosikal telah pengsan akibat tercampak ke bahu jalan, namun mujurlah anak mereka yang berusia 7 tahun hanya mengalami cedera ringan. Sementara itu, pemandu SUV berkenaan serta isterinya pula tidak apa-apa. Rentetan itu, ramai pihak bersimpati dengan nasib kanak-kanak itu yang kehilangan ibunya dalam sekelip mata.


Kesian dia, jauh terlempar dari simpang tu…salam takziah buat ahli keluarga

Menjengah ke ruangan komen, netizen menzahirkan ucapan takziah atas pemergian yang tak disangka-sangka tersebut. Mereka turut percaya rakaman terakhir yang dibuat oleh si ibu berkemungkinan ada hikmahnya tersendiri. Tidak ketinggalan, mereka turut tinggalkan beberapa tips keselamatan yang sangat berguna semasa menunggang motosikal.


Video tanpa iklan




@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE