VIDEO - Wanita hina Islam secara terbuka berdepan denda RM 3,000


Wanita hina Islam secara terbuka berdepan denda RM 3,000

"Mengaku hafaz 15 juz Al Quran sebelum menanggalkan pakaian di hadapan khalayak ramai..."

PUTRAJAYA – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengambil maklum berkenaan video tular dipercayai perbuatan menghina kesucian agama Islam yang dilakukan di sebuah kelab sekitar Taman Tun Dr. Ismail baru-baru ini.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Ajib Ismail berkata, siasatan awal telah dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jawi.

Beliau berkata, tindakan boleh diambil mengikut di bawah Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Wilayah Persekutuan) 1997, Seksyen 7 iaitu menghina, atau menyebabkan dipandang hina agama Islam.

“Jika didapati bersalah pelaku boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

“Jawi sama sekali tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan yang bertujuan menghina dan mencemarkan imej serta kesucian Islam khususnya yang berlaku di Wilayah-Wilayah Persekutuan lebih-ebih lagi menjelang ketibaan Hari Raya Aidiladha yang mulia,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.



@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE