Warga emas berkelakuan tidak senonoh sebenarnya nyanyuk


Warga emas berkelakuan tidak senonoh sebenarnya nyanyuk

"Dakwaan terdapat seorang lelaki warga emas yang disyaki cuba berkelakuan tidak senonoh terhadap kanak-kanak perempuan seperti yang ditularkan dalam laman Facebook sejak semalam sebenarnya tidak benar"

SEBERANG PERAI – Dakwaan terdapat seorang lelaki warga emas yang disyaki cuba berkelakuan tidak senonoh terhadap kanak-kanak perempuan seperti yang ditularkan dalam laman Facebook sejak semalam sebenarnya tidak benar.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, ini susulan daripada dua laporan polis yang dibuat oleh suspek sendiri menafikan dakwaan tersebut selain siasatan lanjut yang dijalankan pihak polis.


“Hasil siasatan mendapati, lelaki warga tempatan yang berusia 80 tahun itu tinggal di Taman Semilang, Seberang Jaya.

“Keterangan lanjut daripada saksi kemudian mengesahkan bahawa suspek telah nyanyuk dan tidak boleh berkomunikasi dengan baik selain tinggal di taman (perumahan) yang sama dengan kanak-kanak terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, hantaran yang tular melalui laman Facebook Seberang Jaya / Seberang Perai sejak semalam itu mendakwa, terdapat seorang lelaki yang dikatakan berkelakuan tidak senonoh terhadap kanak-kanak perempuan.

Dalam hantaran tersebut, penulis mendakwa suspek dikatakan telah memegang beberapa bahagian badan seorang kanak-kanak selain menasihatkan agar semua pihak berhati-hati dengan warga emas berkenaan.

Sementara itu, Cheng San berkata, ibu kepada kanak-kanak berkenaan juga telah diambil keterangan dan wanita tersebut memaklumkan bahawa lelaki berkenaan telah dianggap sebagai ahli keluarganya.


Katanya, wanita itu juga mengesahkan bahawa perkara yang tular itu adalah tidak benar dan menafikan bahawa suspek telah melakukan perkara yang tidak senonoh terhadap anaknya.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE