Ayah kahwin baru, 2 anak merempat, tidur bawah jambatan sehelai sepinggang

Ayah kahwin baru, 2 anak merempat, tidur bawah jambatan

"Si abang yang berusia 27 tahun pula seakan mengalami masalah tekanan perasaan. Umur muda lagi, tapi mungkin terbatas disebabkan abang dia…tekanan ni macam-macam boleh jadi."

Apabila berbicara tentang bawah jambatan, segelintir daripada kita terus kaitkannya sebagai port lepak ‘sampah masyarakat’. Namun hakikatnya, terdapat ramai golongan terdesak dan perlu dibantu jadikan ia sebagai satu-satunya tempat untuk berteduh.



Allahuakbar lepas pemergian ibu, tak lama kemudian ayah nikah lain…anak nekad berikari duduk bawah jambatan
Menerusi Facebook, usahawan Raja Anita Raja Mukhtar berkongsi kisah sebak menemui 2 beradik sehelai sepinggang yang menetap di bawah jambatan di kawasan Kubang Telaga, Bachok hari ini. Difahamkan mereka nekad untuk hidup berdikari, susulan ayah mereka menikah baru setelah pemergian ibu tercinta.

Bila ditanya nak duduk lebih selesa tak…dia jawab kalau boleh duduk bangsal kecil pun takpa, asal ada tempat teduh
Bahkan apabila ditanya adakah mahu tempat tinggal yang lebih selesa, mereka hanya menjawab sekiranya dapat duduk bangsal kecil pun sudah cukup asalkan ada tempat berteduh. 

Dalam pada itu, Puan Raja Anita turut perasan si abang yang berusia 27 tahun pula seakan mengalami masalah tekanan perasaan. Rentetan itu, pihaknya akan cuba membantu mereka berdua dalam masa yang terdekat.



Umur muda lagi, tapi mungkin terbatas disebabkan abang dia…tekanan ni macam-macam boleh jadi.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan dugaan hidup serta nasib pilu 2 beradik berkenaan. 


Walaupun masing-masing masih muda, namun mereka berpendapat si adik mungkin terbatas untuk mencari rezeki dek keadaan abangnya.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE