Bayar tiket mahal nak tengok konsert tapi dapat tengok padang saja


Peminat kecewa bayar tiket konsert Billie Eilish mahal tapi dapat tengok padang stadium saja

"Beli tiket mahal-mahal, tunggu dari pukul 5 pagi nak tengok konsert Billie Eilish tapi dapat tengok padang stadium je"


PETALING JAYA – Konsert Billie Eilish Happier Than Ever The World Tour 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi diibaratkan seperti indah khabar dari rupa.


Tular di laman media sosial hari ini mendapati pelbagai maklum balas diberikan orang ramai yang rata-ratanya kurang berpuas hati dengan suasana konsert penyanyi antarabangsa itu.


“Harga tiket kami beli bukan murah, ratusan ringgit dan sistem bunyi, audio pula buat hal, suara penyanyi tenggelam timbul. Rugi duit,” luah Marshila.




Selain itu, ada juga pengunjung luah rasa kesal apabila jarak pentas utama dengan kedudukan penonton terlalu jauh apabila terdapat ruang kosong yang besar dibiarkan di bahagian tengah.




“Kali pertama menyesal pergi konsert, bayar tiket lebih RM500, duduk punya jauh, macam tengok bola dan sepatutnya kena bagi pakej sekali teropong,” ujar Azfar.

"Beli tiket mahal-mahal, tunggu dari pukul 5 pagi nak tengok konsert Billie Eilish tapi dapat tengok padang stadium je"



Sementara itu, di Twitter, tanda pagar ‘BillieEilishTourMalaysia’ menjadi trending sejak malam tadi.


Ada yang dah tunggu di luar stadium seawal jam 5 pagi 





@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE