Ibu Hamil Didakwa Abaikan 3 Anak Dapat Simpati Ramai? – “Mana bekas suami?”

Ibu Hamil Didakwa Abaikan 3 Anak Dapat Simpati Ramai? – “Mana bekas suami?”

"Terbaru seorang ibu dituduh mengabaikan 3 orang anak kandung semasa berada di bawah jagaannya tahun lepas, sehingga berisiko mendatangkan kecederaan fizikal serta emosi"

Isu penganiayaan serta pengabaian kanak-kanak dilihat semakin berlarutan sejak kebelakangan ini, khususnya di Malaysia. Terbaru seorang ibu dituduh mengabaikan 3 orang anak kandung semasa berada di bawah jagaannya tahun lepas, sehingga berisiko mendatangkan kecederaan fizikal serta emosi. Difahamkan semua kanak-kanak itu kini di bawah jagaan ibu saudara bekas suaminya.


Ibu nafi didakwa cuai tinggalkan anak-anak di rumah
Tertuduh dikenali sebagai Masanizah Roslan, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh siang tadi. 

Berdasarkan kedua-dua pertuduhan, wanita berusia 40 tahun itu didakwa dengan cuainya tinggalkan kesemua anaknya yang berusia 11, 8, dan 6 tahun tanpa jagaan di sebuah rumah di Taman Gadong Perdana, Melaka Tengah. 

Kesalahan pertama berlaku selama 4 bulan, iaitu pada 25 Mei sehingga 23 September 2021. Manakala kesalahan kedua pula pada 16 Jun sehingga 18 Jun 2021.

Rayu mahkamah kurangkan jumlah jaminan…sedang hidap alahan mengandung, bergaji kecil
Terdahulu, pihak Pendakwa Raya menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan. Bagaimanapun Masanizah yang bertugas sebagai pembantu am sekolah dan sedang hamil 3 bulan merayu agar jumlah jaminan dikurangkan. 


Dia memberi alasan sedang mengalami alahan, bergaji kecil selain masih membayar wang jagaan anak-anaknya. Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin, serta menetapkan 12 September untuk tarikh sebutan semula perbicaraan.


Kesian, mungkin ada kisah sebaliknya…kadang-kadang bukan sengaja nak tinggalkan anak macam tu, bekas suami mana?


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati kerana mungkin tertuduh ada motif atau kisah tersendiri di sebalik kesalahan tersebut. 


Dalam pada itu, mereka turut mempersoalkan di mana keberadaan bekas suaminya sewaktu kejadian berlaku.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE