Kanak-kanak robek bahagian pipi diserang anjing jiran


Kanak-kanak robek bahagian pipi diserang anjing jiran

"Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun cedera sehingga robek di bahagian pipi selepas digigit anjing jiran"

SIBU— Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun cedera sehingga robek di bahagian pipi selepas digigit anjing jiran, di sini semalam.

Borneo Network difahamkan, kejadian berlaku kira-kira 4 petang ketika kanak-kanak itu berada di luar rumah mereka di Jalan Ulu Oya/Jalan Satria.

“Mangsa telah dikejar dan digigit oleh anjing tersebut pada bahagian muka.

“Akibat gigitan anjing itu, bahagian pipi mangsa telah robek manakala bahagian dahi turut mengalami luka,” katanya.

Mangsa kemudian telah dikejarkan ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut oleh keluarganya.


Setakat ini mangsa masih dirawat di hospital.

Sementara itu, wartawan kami cuba berhubung dengan pemilik anjing, namun ketukan di pintu rumah mereka tidak dijawab. Manakala semua ahli keluarga mangsa tiada di rumah.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE