Keluarga angkat cari ibu kandung Nur Aiesya Azzalea

Keluarga angkat cari ibu kandung Nur Aiesya Azzalea

"Nur Aiesya Azzalea dijaga olehnya selepas ibu kandungnya yang dikenali sebagai Wati melahirkan dan berpantang selama seminggu di kediamannya di Kampung Dioh Kecil di sini." - ibu angkat

KUALA PILAH - Sebuah keluarga angkat memohon kerjasama orang ramai bagi mengesan ibu kandung atau waris seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun.

Ibu angkatnya, Zamzurina Hairuddin, 37, berkata, kanak-kanak itu Nur Aiesya Azzalea Mohd Nazri dilahirkan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah pada September 2017.

Katanya, Nur Aiesya Azzalea dijaga olehnya selepas ibu kandungnya yang dikenali sebagai Wati melahirkan dan berpantang selama seminggu di kediamannya di Kampung Dioh Kecil di sini.

"Alamat terakhir Wati menetap dipercayai di PPR Sri Pantai, Jalan Pantai, Kuala Lumpur. Bagaimanapun dia didapati tidak lagi mendiami rumah berkenaan.

"Saya berharap ibu kandung Nur Aiesya Azzalea dapat ditemui bagi memudahkan urusan berkaitan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan selanjutnya," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Jumaat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan waris kanak-kanak itu boleh menghubungi Zamzurina menerusi talian 011-58606404.



@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE