Lelaki Bernazar tidak akan mandi selagi ada kekejaman terhadap wanita di dunia ini

Lelaki Bernazar tidak akan mandi selagi ada kekejaman terhadap wanita di dunia ini dipercayai salah menuntut ilmu

"Lebih parah lagi, apabila ikrarnya telah mula tersebar, dia telah dipecat oleh majikan dan terus menganggur sejak dari itu. "

Seorang lelaki berusia 62 tahun dari Bihar, India meraih perhatian ramai apabila dia dilaporkan tidak pernah mandi walaupun sekali selama hampir dua dekad.

Dharamev Ram terkenal di kampung asalnya di Baikunthpur dan semua orang tahu yang dia tidak mandi selama 22 tahun. Namun, tidak ada seorang pun yang mengejeknya, malah mereka menghormati keputusan yang dibuat. 

Difahamkan, lelaki berusia 62 tahun ini telah berikrar untuk tidak mandi sehingga keganasan terhadap wanita, perebutan tanah dalam kalangan lelaki dan pembunuhan haiwan yang tidak bersalah dihentikan. 


“Pada tahun 1975, saya bekerja di sebuah kilang di Jagdal, Bengal dan berkahwin pada tahun 1978 dengan menjalani kehidupan normal seperti umumnya manusia biasa. 


“Tetapi, pada tahun 1987, saya menyedari bahawa perebutan tanah, pembunuhan haiwan dan kekejaman terhadap wanita mula meningkat. Untuk mencari jawapan, saya bertemu dengan seorang ‘Guru’ yang mengambil saya sebagai muridnya. Sejak dari itu saya mula bermeditasi,” jelasnya. 

Pada tahun 2000, dia mula berikrar untuk menahan diri daripada mandi sehingga kesalahan-kesalahan yang disebutkan tadi dapat dihentikan. Ram juga dilaporkan berhenti kerja dari kilang yang dia bekerja, tetapi kembali semula setelah menerima tekanan dari keluarganya sendiri. 

Walau bagaimanapun, apabila ikrarnya telah mula tersebar, dia telah dipecat oleh majikan dan terus menganggur sejak dari itu. 

Isterinya, Maya Devi, meninggal dunia pada tahun 2003 dan Ram tetap dengan pendiriannya untuk tidak mandi. Begitu juga ketika anak lelakinya yang meninggal setelah itu dan juga pada tahun ini. 

Memetik Oddity Central, usaha luar biasa Dharamdev untuk tamatkan keganasan terhadap haiwan dan wanita serta pertelingkahan soal tanah tular di India hingga pihak wartawan menuju ke Baikunthpur bertemu sendiri dengan Ram dan menemu bual beberapa orang penduduk. 

Rata-rata penduduk yang ditemu bual mengesahkan bahawa Ram tidak mandi selama lebih kurang dua dekad. 

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE