Mekanik bunuh kekasih berdepan tali gantung


Mekanik bunuh kekasih berdepan tali gantung

"Tertuduh berusia 19 tahun tergamak membunuh kekasihnya dengan menekup muka menggunakan bantal setelah kekasihnya mahu memutuskan hubungan percintaan mereka di sebuah rumah di Kampung Pandan

KLANG – Seorang mekanik yang didakwa membunuh kekasihnya minggu lalu dengan menekup muka menggunakan bantal berdepan tali gantung selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh, Amirul Amin Amirruddin, 19, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noorjidah Mohd. Jusan.

Namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Amirul Amin dituduh membunuh Nurul Shahira Abdullah, 24, di rumah lot bernombor 4475, Lorong Haji Mahat, Kampung Sri Pandan di sini pukul 7.18 petang pada 24 Ogos lalu.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Hanis Zulkapli manakala tertuduh diwakili Peguam Althea Suraya Rahmat.

Mahkamah menetapkan 26 Oktober ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat, forensik dan asid deoksiribonukleik (DNA).

Pada 27 Ogos lalu media melaporkan seorang lelaki tergamak membunuh kekasihnya dengan menekup muka menggunakan bantal setelah kekasihnya mahu memutuskan hubungan percintaan mereka di sebuah rumah di Kampung Pandan di sini.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE