Nenek 78 tahun nyaris dirogol duda 44 tahun ketika menebas rumput, nenek meninggal dunia akibat terkejut ketika diserang
"Daripada cubaan merogol jadi kes bunuh..."
Seorang wanita berusia 78 tahun nyaris dirogol oleh seorang duda berusia 44 tahun bernama Wayan Jambot, yang juga merupakan jirannya sendiri ketika menebas rumput di kebun.
Kejadian berlaku pada jam 2.30 petang hari Jumaat ketika mangsa dan suami keluar ke kebun untuk menebas rumput secara berasingan. Rumput yang ditebas dimasukkan ke dalam bakul untuk dibawa pulang, mangsa berniat untuk pulang terlebih dahulu kerana dah selesai nebas rumput.
Namun mangsa yang bernama Nengah tidak bertenaga untuk mengangkat bakul yang penuh dengan rumput ke atas kepalanya. Kebetulan suspek juga sedang menebang rumput tak jauh daripada jarak mangsa dan mangsa meminta tolong suspek untuk bantunya angkat bakul untuk letak di atas kepalanya.
Suspek yang awalnya menolong mangsa tiba-tiba bernafsu lalu mencium pipi mangsa sebelum cuba memperkosa mangsa membuatkan mangsa terkejut dan pengsan.
Suami mangsa yang berada 300 meter darinya melihat kejadian itu bergegas ke arah Nengah sambil menjerit meminta tolong. Suspek yang ketakutan segera meninggalkan lokasi kejadian.
Tidak lama kemudian Nengah disahkan meninggal dunia akibat terkejut ketika diserang suspek.
Suspek yang sudah lama menduda dipercayai mempunyai sifat gila seks hingga membuatkannya hilang pertimbangan sehingga sanggup menyerang mangsa yang jauh lebih tua darinya.
Suspek berjaya ditahan pihak polis untuk siasatan lanjut atas pertuduhan cubaan merogol dan membunuh. -Agensi
INDONESIA
@liputan7official