NGO desak istana bebaskan Najib akan dipanggil polis

NGO desak istana untuk dapatkan pengampunan Agong bebaskan Najib akan dipanggil polis

"Dianggarkan seramai 300 orang berpakaian serba hitam telah berkumpul sambil melaungkan slogan hidup Najib dan Bossku," katanya



KUALA LUMPUR - Polis akan memanggil sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia bagi membantu siasatan himpunan penyerahan memorandum di pintu 3 Istana Negara di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan berkaitan himpunan tersebut mengikut Akta Perhimpunan Perhimpunan Aman 2012.


"Kita tidak menerima sebarang notis berhubung penganjuran himpunan tersebut," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Amihizam berkata, dalam kejadian pada jam 2 petang Rabu, sepasukan anggota polis yang menjalankan penugasan kawalan keselamatan di pekarangan pintu 3 Istana Negara mendapati perhimpunan tersebut.

"Dianggarkan seramai 300 orang berpakaian serba hitam telah berkumpul sambil melaungkan slogan hidup Najib dan Bossku," katanya.

Amihizam berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak berkumpul atau mengadakan sebarang perhimpunan tanpa kebenaran yang sah.

Presidennya, Syed Mohammad Imran Syed Abdul Aziz berkata, memorandum itu adalah berkaitan pengampunan diraja terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada Rabu, Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

"Sebarang maklumat bolehlah disalurkan ke Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana- mana balai polis yang berdekatan," katanya.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE