NGO sanggup lakukan apa saja demi bebaskan NAJIB

NGO mahu dapatkan pengampunan Agong untuk bebaskan Najib

"Pengampunan diraja terhadap Najib perlu dilakukan oleh kerajaan dan Perdana Menteri harus memberi surat kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya


KUALA LUMPUR - Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Rabu.

Presidennya, Syed Mohammad Imran Syed Abdul Aziz berkata, memorandum itu adalah berkaitan pengampunan diraja terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.


"Selain itu, kita juga menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk campur tangan dalam isu ini.

"Pengampunan diraja terhadap Najib perlu dilakukan oleh kerajaan dan Perdana Menteri harus memberi surat kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya pada sidang akhbar di luar Istana Negara selepas menyerahkan memorandum kepada Pegawai Perhubungan Akhbar Istana Negara, Husni Yusop pada Rabu.

Syed Mohammad Imran bersama 300 penyokong Najib berhimpun secara aman di hadapan Istana Negara bermula jam 2 petang tadi.

Selepas berkumpul kira-kira 15 minit, Syed Mohammad Imran bersama dua lagi ahli persatuan itu memasuki Istana Negara melalui pintu 3.



@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE