Putus Cinta, Remaja Tekup muka kekasih dengan bantal hingga m4ut


Putus Cinta, Remaja Tekup muka kekasih dengan bantal hingga m4ut

"Suspek berusia 19 tahun dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan hasil siasatan awal mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa ingin memutuskan hubungan dengannya," katanya

KLANG, SELANGOR: Remaja lelaki ditahan selepas dipercayai membvnuh seorang wanita dengan menekup muka mangsa dengan bantal di sebuah rumah di Kampung Pandan, di sini, ditahan semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, remaja berusia 19 tahun itu ditahan di tepi jalan berdekatan lokasi kejadian dipercayai dalam usaha untuk melarikan diri.

Beliau berkata, pihaknya terdahulu menerima laporan daripada seorang wanita yang memaklumkan kenalannya iaitu remaja berkenaan meminta bantuan untuk mengambilnya di Kampung Pandan kerana dia sudah menekup muka mangsa menggunakan bantal sehingga tidak sedarkan diri.

Katanya, pihak polis kemudian ke lokasi tempat kejadian dan menemui mangsa iaitu seorang wanita berusia 24 tahun dalam keadaan terbaring di atas katil di sebuah bilik rumah berkenaan.

"Pemeriksaan pada badan mangsa tidak menjumpai sebarang kesan kecederaan dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan.

"Bertindak atas maklumat pada 9.20 malam, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menahan suspek warga tempatan yang dipercayai terbabit dalam kes ini berdekatan lokasi kejadian.

"Suspek berusia 19 tahun dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan hasil siasatan awal mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa ingin memutuskan hubungan dengannya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semasa tangkapan dibuat, polis merampas pakaian yang digunakan oleh suspek semasa kejadian.

Katanya, Unit Forensik Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor sudah menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian dan menjumpai beberapa barang yang boleh membantu siasatan.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membvnuh.

"Pihak polis masih menjalankan siasatan dan akan melengkapkan siasatan dalam tempoh masa yang terdekat," katanya.

Cha berkata, suspek kini direman tujuh hari sehingga 31 Ogos ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta untuk menyalurkannya terus kepada IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Sumber: Harian Metro/PDRM

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE