Remaja autisme hilang ditemui, dipercayai dirogol

Remaja autisme hilang di Johor ditemui, dipercayai dirogol

"Suspek merupakan warganegara Myanmar berusia 23 tahun telah direman selama seminggu bagi membantu siasatan. Dikatakan suspek mengajar al-Quran, bagaimanapun polis akan membuat semakan mengenai kesahihan perkara tersebut," katanya.

KOTA BHARU - Polis menyelamatkan seorang remaja autisme dari Kulai Johor yang hilang sejak Sabtu lalu dalam satu serbuan di Kampung Sat, Tanah Merah pada Khamis.

Dipercayai remaja berusia 16 tahun itu menjadi mangsa rogol setelah dilarikan suspek yang merupakan seorang guru al-Quran berbangsa Rohingya.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh mangsa bahawa suspek merogolnya bermula pada 14 Ogos sehingga pada Khamis lalu.

"Menurut keterangan mangsa, pada 13 Ogos sekitar jam lebih 9.30 malam dia telah dibawa oleh suspek yang dikenalinya melalui aplikasi WhatsApp menaiki bas dari Skudai, Johor ke Tanah Merah," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Menurutnya, bertindak atas maklumat daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai, sepasukan anggota dari JSJ IPD Tanah Merah telah membuat serbuan di Kampung Sat.

Beliau berkata, serbuan itu dilakukan berpandukan kepada kedudukan mangsa yang sempat menghantar lokasinya melalui telefon bimbit kepada ahli keluarga.

Muhamad Zaki berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa merupakan penghidap autisme telah dilaporkan hilang di Kulai.

"Sekitar jam 2.30 petang pada Khamis, mangsa telah berjaya diselamatkan oleh anggota JSJ IPD Tanah Merah.

"Mangsa kemudian telah dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

Menurutnya, pada hari yang sama sekitar jam 6.28 petang, IPD Tanah Merah telah menerima laporan berkait kes rogol melibatkan remaja berkenaan.

"Suspek merupakan warganegara Myanmar berusia 23 tahun telah direman selama seminggu bagi membantu siasatan.

"Dikatakan suspek mengajar al-Quran, bagaimanapun polis akan membuat semakan mengenai kesahihan perkara tersebut," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

HAZELEN LIANA KAMARUDIN
20 AUG 2022 11:20 PM
Gambar Media sosial

#SinarHarian
#infosemasa
@infosemasaofficial

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE