VIDEO - KEJAM! Bapa maut ditembak di hadapan anak dan isterinya kerana enggan diculik


KEJAM! Bapa maut ditembak di hadapan anak dan isterinya kerana enggan diculik

"Ketika  kejadian, Mangsa dan keluarga dalam perjalanan ke pasarraya sebelum kenderaan mereka dipintas oleh kenderaan suspek. Suspek cuba menculik mangsa namun mangsa melawan menyebabkan suspek bertindak agresif"

Tular video di laman sosial hari ini memaparkan dua orang lelaki bersenjata cuba menculik seorang lelaki yang ketika itu bersama anak dan isterinya dalam sebuah kereta sebelum dibunuh di lokasi kejadian kerana enggan diculik suspek. 

Menurut laporan media tempatan, isteri mangsa memberitahu mereka ketika itu dalam perjalanan ke pasarraya bersama anak-anak masing-masing berusia 5 dan 8 tahun sebelum kereta mereka dipintas oleh sebuah kenderaan pacuan 4 roda.

Tanpa banyak soal mereka mengacukan senapang ke arah subjek(mangsa) untuk keluar dari kenderaan dan ikut mereka. Mangsa pada awalnya menurut arahan mereka sehingga masuk ke dalam kereta mangsa mula memberontak kerana enggan diculik dua lelaki bersenjata berkenaan. 

Anak-anak hanya menangis ketakutan melihat bapa mereka di bawa keluar dari kereta dan isteri mangsa merayu supaya suaminya dilepaskan.

Tiba-tiba beberapa das tembakan kedengaran dan mangsa maut dihadapan anak dan istrinya. 




Motif kejadian masih dalam siasatan polis dan berkemungkinan lelaki itu mempunyai kaitan dengan kartel dadah di negara itu kerana mereka hanya sasar ke arah lelaki itu sahaja. - Lazaro Cardenas, Mexico

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE