Video - Lelaki letak ‘pod’ vape pada mulut bayi dikecam


Lelaki letak ‘pod’ vape pada mulut bayi dikecam

“Kesiannya kat awak dik, dapat bapak yang musibat macam ni,” kata netizen

PETALING JAYA – Rata-rata pengguna laman Twitter berang susulan tindakan ‘kurang cerdik’ seorang lelaki meletakkan ‘pod’ vape pada mulut seorang bayi.

Menerusi perkongsian di laman Twitter, kelihatan lelaki berkenaan dengan sengaja meletakkan pod berkenaan ketika bayi itu berada di pangkuannya.

Berdasarkan klip video berdurasi 15 saat itu, kelihatan mulut bayi berkenaan seolah-olah sedang menghisap ‘pod’ vape tersebut.

Dipercayai lelaki tersebut adalah bapa kepada bayi berkenaan, manakala perakam video berkenaan adalah isterinya.

Susulan perkongsian itu, pengguna Twitter menyelar perbuatan pasangan terbabit kerana boleh membahayakan kesihatan bayi mereka.

“Kesiannya kat awak dik, dapat bapak yang musibat macam ni,”ciap @syamilaazizaN

“Antara kesan kenaikan harga susu bayi terpaksa menyusukan anak dengan benda alah ni,”kata @Waibisocmed.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @lalisha181.

“Mesti nanti mak bapa dia ckp ‘ala letak kat mulut je pun, bukan budak tu sedut’,”tulisnya.




@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE