"Kedua-dua gadis itu menyatakan perasaan cinta mereka terhadap seorang lelaki yang sama, keluarga juga restu"
Tular di media sosial hari ini seorang lelaki bernama Rahmadi dari Lampung Utara menikahi 2 orang gadis sekali gus.
Dua pengantin perempuan itu bernama Dela Novita Lingga dan Sri Yana mempunyai pertalian sepupu.
"Pihak berkuasa Indonesia telah mengesahkan pernikahan ini dimana Dela dan Sri memang mempunyai hubungan sepupu dan pihak keluarga mereka masing-masing bersetuju"
Majlis pernikahan itu berlangsung selama 3 hari mengikut adat mereka dan ahli keluarga tidak menyangka bahawa pernikahan itu tular di media sosial sehingga mendapat liputan media ke luar negara.
Difahamkan mereka bertiga memang sudah kenal sejak dari kecil dan kedua-dua gadis itu mencintai lelaki yang sama.
@liputan7official