VIDEO - Pencuri dihempap kepingan atap bukan dipukul

Pencuri dihempap kepingan atap bukan dipukul

"Pihak polis telah mengesan satu rakaman video berdurasi 14 saat yang tular di laman Facebook semalam mendakwa suspek  dipukul oleh orang awam semasa ditangkap," katanya 

KUCHING—Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching telah menahan seorang lelaki yang dipukul orang awam setelah disyaki mencuri di tapak pembinaan kawasan Masja di sini, baru-baru ini.

Mengesahkan perkara tersebut, Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, lelaki terbabit kini direman sehingga 24 Ogos 2022 bagi membantu siasatan.

"Pihak polis telah mengesan satu rakaman video berdurasi 14 saat yang tular di laman Facebook semalam mendakwa suspek  dipukul oleh orang awam semasa ditangkap," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ahsmon, penahanan suspek oleh orang awam menerusi rakaman video tersebut disebabkan suspek disyaki mencuri di tapak pembinaan di kawasan Masja di sini.

Susulan penangkapan itu katanya, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Jika didapati bersalah, suspek boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sehingga tujuh tahun, denda atau kedua-duanya sekali, katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan tiada sebarang maklumat menunjukkan suspek telah dipukul.




Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE