VIDEO - Remaja maut digilis lori

Remaja maut digilis lori

Seorang remaja lelaki 17 tahun maut selepas digilis lori muatan batu dalam nahas di Jalan Gopeng- Simpang Pulai

GOPENG - Seorang remaja lelaki maut selepas digilis lori muatan batu dalam nahas di Jalan Gopeng- Simpang Pulai berhampiran Kampung Kepayang di sini pada Isnin.

Kejadian itu telah mengorbankan mangsa, Farhan Iqbal Fahid Nazrul, 17, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y150.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan sepasukan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 11.56 pagi.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati mangsa yang cedera parah berada di bahagian bawah sebelah kiri kenderaan berat terbabit.


"Operasi mengeluarkan mangsa mengambil masa kira-kira tujuh minit. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian.




"Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 1.11 petang," katanya.



@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE