VIDEO - Samseng jalan tetak kereta gara-gara bunyi hon

Samseng jalan tetak kereta gara-gara bunyi hon


"Gara-gara berang dengan bunyi hon, seorang lelaki bertindak agresif lalu bertindak menetak sebuah kereta menggunakan parang"

SIBU— Gara-gara berang dengan bunyi hon, seorang lelaki bertindak agresif lalu bertindak menetak sebuah kereta menggunakan parang dalam kejadian di Jalan Upper Lanang, di sini pagi semalam.

Seperti dalam satu rakaman tular di laman sosial semalam, seorang lelaki yang memandu kereta Perodua Kancil berwarna merah dilihat memandu secara melulu sebelum bertindak berhenti di hadapan kereta mangsa.

Menerusi video berdurasi 11 saat itu, suspek kemudian dilihat mengeluarkan parang dari tingkap kereta lalu menetak bahagian hadapan kereta mangsa sebelum memecut keretanya hingga hampir melanggar kereta mangsa.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, pada 2 Ogos sekitar dalam kejadian 10.09 pagi itu, mangsa lelaki tempatan berusia 37 tahun telah membuat aduan keretanya telah ditetak seorang lelaki yang tidak dikenali.

“Kejadian berpunca kerana pengadu membunyikan hon kenderaannya.

“Pada hari yang sama pada 1 petang, pihak polis dari Jabatn Siasatan Jenayah Sibu telah membuat tangkapan terhadap seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun beserta parang,” katanya dalam kenyataan malam tadi.





Zulkipli menambah, suspek akan direman hari ini di Mahkamah Sibu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506/427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat menggunakan parang.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE