VIDEO - Siang mintak sedekah, malam joli dengan wanita


Pegemis ditahan kerana menipu, siang mengemis malam joli duit berhibur dengan wanita

"Selain mengemis, dia jugak banyak berhutang dengan orang ramai untuk kumpul wang berhibur di malam hari"

Tular di sosial media hari ini seorang lelaki yang berusia 50-an ditangkap pihak berkuasa setelah banyak aduan dibuat orang awam mengenai aktiviti lelaki ini mengemis untuk mendapatkan wang berhibur di malam hari bersama wanita seksi. 

Difahamkan lelaki yang tidak bekerja ini telah bertahun menjalankan aktiviti mengemis di sekitar kota. 

Orang ramai yang menderma kepada lelaki ini berangapan bahawa lelaki itu tidak ada tempat berteduh atau tidak makan hingga mengundang rasa kasihan dalam kalangan warga kota. 

Semuanya terbongkar apabila satu videonya sedang menari-nari di atas pentas bersama penyanyi wanita yang berpakaian seksi tular di sosial media dan setelah diselidik, orang ramai membuat aduan kepada pihak berkuasa. 

Pihak berkuasa berjaya menangkap pengemis tersebut setelah mendapat aduan orang ramai. Hasil laporan siasatan,lelaki ini bukanlah orang susah, dia datang dari daerah yang lain semata-mata tidak mahu orang mengenalnya tahu tentang aktivitinya. 

Menurut sumber, selain mengemis lelaki itu juga banyak berhutang dengan orang di sekeliling kota itu terutama peniaga tepi jalan atas alasan sudah banyak hari tidak makan. 





Hasil kegiatannya pernah mencecah RM 18,000(60 juta rupiah) sebulan. Namun semuanya berakhir setelah video jogetnya bersama penyanyi wanita seksi di atas pentas tular ke media sosial.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE