VIDEO - Teman wanita parah dibelasah, dirempuh motor kekasih


Teman wanita parah dibelasah, dirempuh motor kekasih

"Puncanya adalah lelaki itu menuduh teman wanitanya curang dan paksa untuk menyerahkan telefon pintar mangsa kepadanya untuk diperiksa namun ditolak membuatkan lelaki itu bertindak agresif dengan menendang kepala dan merempuh mangsa dengan motornya"

Tular satu video di media sosial hari ini memaparkan seorang lelaki sedang memukul teman wanitanya sebelum merempuh wanita tersebut dengan motor. 

Pertengkaran bermula apabila lelaki tersebut menuduh teman wanitanya curang dengan lelaki lain dengan memaksa wanita itu untuk menyerahkan telefon pintarnya untuk diperiksa. 

Namun wanita itu enggan menyerahkan telefon pintarnya menyebabkan lelaki tersebut berang dan bertindak agresif. 

Wanita yang terduduk hanya merayu supaya tidak dikasari namun lelaki tersebut terus menyepak dan menendang kepala mangsa sebelum merempuhnya dengan motor. 

Kesan daripada rempuhan itu menyebabkan mangsa mengalami cedera kecederaan pada bahagian kepala dan di rawat di hospital. 

Keluarga mangsa yang melihat video berkenaan telah membuat laporan polis beserta rakaman video yang tular itu sebagai bahan bukti. 




Rata-rata netizen mengecam si perakam video kerana takut menghentikan keganasan terhadap wanita.



@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE