9 pelajar mengaku tidak bersalah cederakan 3 rakan

KES BULI - Sembilan pelajar tidak mengaku salah cederakan tiga rakan yang mengadu kepada cikgu kerana membawa vape ke sekolah



KEMAMAN - Sembilan pelajar lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, pada Isnin atas dakwaan menyebabkan kecederaan terhadap tiga pelajar dalam kejadian pada 23 Ogos lalu.



Kesemua tertuduh yang berusia lingkungan 16 tahun itu membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Majistret Tengku Elyana Tuan Kamaruzzaman.



Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan terhadap ketiga-tiga pelajar berusia 15 tahun itu dengan menumbuk dan menyepak mangsa dalam kejadian di sebuah sekolah menengah berasrama di sini, kira-kira jam 11.30 malam.

Kesemua mereka didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun dan denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya sekali.


Sejurus pengakuan direkodkan, mahkamah membenarkan tertuduh dijamin antara RM2,000 hingga RM5,500 bagi setiap seorang selain menetapkan 12 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azahani Azman manakala semua tertuduh diwakili Peguam, Akmal Wahidah Abd Halim.

Sebelum ini, tiga pelajar lelaki membuat laporan polis kerana mendakwa menjadi mangsa buli sekumpulan pelajar lain selepas mengadu kepada guru di sekolah berkenaan senior mereka memiliki dan menghisap rokok elektronik (vape).

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, hasil laporan perubatan mendapati salah seorang mangsa cedera parah akibat pecah gegendang telinga kanan selain cedera di bahagian badan manakala dua lagi mangsa mengalami kecederaan ringan termasuk lebam pada anggota badan.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE