Kes Amang Seksual melibatkan Penceramah Agama, orang ramai digesa tutup mulut

Kes Amang Seksual melibatkan Penceramah Agama, orang ramai digesa tutup mulut

“Saya berharap spekulasi berhubung identiti penceramah tersebut dihentikan kerana ia melibatkan maruah." - PENGARAH JAIS

SHAH ALAM – Orang ramai disarankan menghentikan membuat spekulasi berhubung amang seksual yang didakwa dilakukan penceramah bebas sehingga menimbulkan rasa tidak selesa kepada penceramah agama yang lain.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, ini berikutan melibatkan maruah sehingga ada pihak lain yang dijadikan antara figura dalam spekulasi tersebut.

“Saya berharap spekulasi berhubung identiti penceramah tersebut dihentikan kerana ia melibatkan maruah."

“Jangan kerana kes melibatkan orang agama menyebabkan orang agama lain diserang. Sehingga rakan-rakan saya yang menjadi ustazah, guru besar akan ‘framekan’ sehingga menjadi mangsa keadaan,” katanya selepas majlis perasmian Masjid Ar Raudhah Seksyen U10 Puncak Perdana malam tadi.

Majlis itu disempurnakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Kata Mohd.Shahzihan, kes amang seksual tersebut tidak melibatkan pelajar tahfiz sekolah dan swasta di bawah kendalian JAIS.

Tambahnya, beliau difahamkan kes tersebut adalah kes lama dan sebaiknya semua pihak menunggu siasatan lengkap pihak polis.

“Kes tersebut adalah kes polis dan biarlah polis siasat.

“Negara kita juga mempunyai sistem perundangan dengan berpandukan bukti kukuh. Bukannya dengar cakap semata-mata dan pembuktian sama ada bersalah atau tidak ( penceramah bebas itu nanti) biar mahkamah tentukan,” jelasnya

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE