Lelaki 68 tahun mempunyai 10 istri tinggal serumah akui bahagia

Lelaki 68 tahun mempunyai 10 istri, 28 anak tinggal serumah akui bahagia

"Beliau bernikah pada usia 15 tahun dan sudah mempunyai dua orang isteri pada waktu itu..."

Seorang lelaki bernama Haji Masyurat Usman merupakan seorang usahawan tembakau bukan sahaja berjaya dalam bidang perniagaan malah berjaya menyunting 10 isteri tinggal di bawah satu atap. 


Lelaki yang tinggal di sebuah rumah agam di Dusun Tarebung, Desa Lenteng Barat, Kecamatan Lenteng, Kabupaten Sumenep bernikah pada usia 15 tahun dan sudah mempunyai dua orang isteri pada waktu itu. Isteri keduanya meninggal dunia dan isteri pertamanya diceraikan. 

Setelah lama menduda, Haji Masyurat menikahi seorang gadis Ani Aisyah pada ketika itu berusia 13 tahun sebelum menikahi gadis-gadis bawah umur yang lain. 


Haji Masyurat kini berusia 68 tahun dan sedang sakit ketika dikunjungi wartawan. Menurut anaknya Muhammad (anak ke 9) memberitahu media bahawa bapanya sedang sakit dan tidak boleh dikunjungi. 


"Abah memang mempunyai 10 isteri dan semua umi tinggal dalam satu rumah ini"

Hasil pernikahan 10 isteri, Haji Masyurat dikurniakan 28 orang anak dan ada antara mereka yang sudah menikah. 



@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE