Lelaki Dilapor Maut, Usus Terkoyak Akibat Tertelan Tulang Ikan


Lelaki Dilapor Maut, Usus Terkoyak Akibat Tertelan Tulang Ikan

"Tulang ikan itu dilaporkan telah menyebabkan kecederaan sebesar 0.2 inci di bahagian usus kecil mangsa yang seterusnya menjadi punca jangkitan kuman."

Seorang lelaki dilaporkan maut selepas tulang ikan berukuran 0.8 inci tersekat pada usus kecilnya.

Menurut Insider, mangsa yang bekerja sebagai petani, 61 tahun dikatakan mengalami sakit perut yang teruk, muntah-muntah, sembelit dan perut kembung selama tiga hari sebelum pergi mendapatkan rawatan di hospital Mannar, utara Sri Lanka.

Semasa tiba di hospital, mangsa dilapor demam dan denyutan nadinya menunjukkan tanda-tanda bahawa terdapat jangkitan pada perutnya.

Laporan mengenai kes tersebut telah diterbitkan oleh pakar bedah dan pakar bius dalam International Journal of Surgery Case Reports pada Julai.

Pihak hospital kemudiannya memindahkan lelaki itu ke unit rawatan rapi dan merawatnya dengan antibiotik.

Doktor dilaporkan segera menjelankan pembedahan bagi mengenal pasti punca penyakit lelaki itu.

Hasil pembedahan mendapati terdapat tulang ikan berbentuk mata kail berukuran 0.8 inci berada di dalam perut lelaki itu.

Tulang ikan itu dilaporkan telah menyebabkan kecederaan sebesar 0.2 inci di bahagian usus kecil mangsa yang seterusnya menjadi punca jangkitan kuman.

Penulis menulis bahawa kes tersebut merupakan kes yang luar dari kebiasaan.

“Kebanyakan benda asing seperti tulang ikan dan gigi palsu akan melalui saluran penghadaman tanpa sebarang komplikasi seperti lubang atau pendarahan.”

Menurut laporan itu, benda asing biasanya tersepit dalam penyempitan atau angulasi semula jadi sistem pencernaan.

Namun begitu, hanya 1% sahaja daripada benda asing yang tersekat akan merosakkan usus kecil dan 1% daripadanya memerlukan pembedahan.

Dalam kes itu, pakar bedah telah berjaya mengeluarkan 4 inci usus lelaki itu dan mencipta stoma sementara untuk merawatnya namun tidak berjaya.

Dilaporkan selepas lapan jam di hospital, lelaki itu mengalami serangan jantung lalu meninggal dunia.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE