Bekas suami tetak muka jandanya hingga terbelah muka
"Bekas suami menyimpan dendam kepada mangsa sejak mereka bercerai. Entah berapa kali ditetak muka mangsa dengan parang sampai terbelah dua"
Tindakan seorang lelaki menetak muka bekas isterinya berkali-kali menjadi tular di media sosial dalam satu rakaman video di sebuah Kampung Deli Serdang.
Mangsa bernama Dewi Dahliana berusia 50 tahun itu mengalami cedera parah pada bahagian muka hingga terbelah dua dalam serangan tersebut.
Mangsa yang dalam perjalanan pulang ke rumah setelah selesai membeli barangan di kedai tiba-tiba dihalangi oleh bekas suami sebelum lelaki itu bertindak agresif menetak mangsa dengan parang.
Menurut laporan, lelaki itu masih menyimpan dendam kepada bekas isterinya sejak mereka bercerai.
Saksi kejadian memberitahu lelaki itu menetak muka mangsa beberapa kali sebelum melarikan diri ketika orang ramai mula berkumpul.
Mangsa yang berlumuran darah dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Bekas suami mangsa telah berjaya ditahan pihak polis atas kesalahan cubaan membunuh. - Agensi
@liputan7official