VIDEO - Bongkar kubur semata-mata curi tali kain kafan, lepas bongkar tinggal macam tu ja


Bongkar kubur semata-mata curi tali kain kafan, lepas bongkar tinggal macam tu ja

"3 daripada 4 tali yang diikat pada kain kafan telah dicuri. Pencuri hanya tinggalkan 1 ikatan saja supaya balutan kain kafan tidak terbuka. Motif curi tali kain kafan adalah untuk menuntut ilmu hitam" 

Tular satu video di media sosial hari ini yang dirakam penduduk kampung satu kubur orang Islam dibongkar dan ditinggalkan dalam keadaan keranda terbuka. 

Jenazah bernama Rahwan(50) jelas kelihatan berada di dalam keranda yang terbuka selepas dibongkar oleh individu yang tidak bertanggungjawab dipercayai bertujuan untuk menuntut ilmu hitam.

Ketua kampung Jakfar mengesahkan kubur almarhum Rahwan telah dibongkar dan ditinggalkan begitu saja pada pagi tadi.

"3 daripada 4 tali yang diikat pada kain kafan telah dicuri. Pencuri hanya tinggalkan 1 ikatan saja supaya balutan kain kafan tidak terbuka."

"Almarhum baru saja meninggal dunia pada hari Jumaat yang lalu..." kata ketua kampung

Jenazah almarhum Rahwan selamat dikebumikan semula dengan bantuan orang kampung dan ahli keluarga.






@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE