VIDEO - Lelaki culik anak gelandangan berusia 7 bulan, bayi tersebut ditemui 100km dari lokasi kejadian dan dijual kepada pasangan suami isteri pada harga RM 10 ribu


Lelaki culik anak gelandangan berusia 7 bulan, bayi tersebut ditemui 100km dari lokasi kejadian dan dijual kepada pasangan suami isteri pada harga RM 10 ribu

Heboh di media sosial semalam satu video yang tular memaparkan seorang lelaki yang tidak dikenalpasti identitinya menculik seorang bayi lekaki berusia 7 bulan ketika ibunya sedang tidur. 

Kejadian itu disedari ibu bayi tersebut setelah terjaga dari tidur apabila dia dapati anaknya sudah tidak ada. Dia cuba mencari ke mana-mana dan bertanyakan orang di sekeliling namun tidak berhasil. 

Beberapa orang disekeliling cuba membantu wanita tersebut mencari anaknya dan akhirnya mereka sepakat untuk melaporkan kehilangan bayi itu di balai polis. 

Lokasi kejadian adalah berdekatan dengan stesyen kereta api Mathura. Pihak polis meminta pihak stesyen kereta api untuk menyemak rakaman CCTV di stesyen tersebut pada malam kejadian. 

Dalam rakaman CCTV, terpapar seorang lelaki berpakaian kemeja menghampiri gelandagan wanita itu dan mengambil bayinya pergi. 

Pada awalnya identiti lelaki itu tidak dapat dikenalpasti membuatkan pihak polis meminta bantuan orang ramai untuk sama-sama mengesan suspek. 

Video rakaman CCTV itu dihebahkan pihak polis ke media sosial bagi memudahkan urusan orang awam memberikan maklumat. 

Seminggu selepas penculikan itu, ada satu laporan mengenai penemuan semula bayi berusia 7 bulan itu 100km dari lokasi kejadian. 

Bayi itu ditemui di sebuah rumah pasangan suami isteri yang telah membeli bayi itu pada harga RM 10 ribu daripada 2 orang doktor yang siap dengan dokumen kelahiran. Kedua pasangan suami isteri itu sudah mempunyai satu anak perempuan dan sangat teringin anak lelaki menyebabkan mereka membeli bayi lelaki itu dari sindiket. 

Kedua pasangan suami isteri telah ditahan dan disoal siasat hingga tertangkap ke semua suspek-suspek yang terlibat iaitu sebanyak 8 orang individu termasuk 2 orang doktor. 




Kesemua suspek telah ditahan termasuk lelaki yang menculik bayi 7 bulan tersebut.



@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE