VIDEO - Lelaki tendang 'telur' mangsa ditahan polis


Rebut tapak berniaga, Lelaki tendang 'telur' mangsa ditahan polis

"Kesian pakcik tu mesti senak kena tendang macam tu..."

Tular satu video di media sosial hari ini seorang lelaki berbaju hitam oren menendang telur seorang lelaki ketika mangsa bertengkar dengan dua orang lelaki lain kerana salah faham.

Mangsa bertengkar dengan dua orang lelaki kerana salah faham berkaitan dengan tapak mangsa berniaga, mangsa mendakwa bahawa dia sudah lama berniaga di situ sebelum di 'sailang' peniaga lain.

Semasa berlaku insiden perang mulut antara mangsa dan dua orang lelaki tersebut, tiba-tiba datang seorang lelaki berbaju hitam oren dari belakang dan menendang telur mangsa.


Mangsa kelihatan menahan kesakitan yang amat dalam insiden tersebut. Video tersebut telah tular di media sosial dan mendapat kecaman warganet. 

"Orang lain punya pasal, dia pulak yang melebih"

"Kesian pakcik tu mesti sakit kena hentak macam tu"




Tidak lama selepas video tersebut tular, suspek yang berusia 40 an berjaya ditahan pihak polis


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE