VIDEO - Pasangan kekasih disambar petir ketika berdua-duaan di dalam kemah, remaja lelaki maut dan remaja perempuan tidak sedarkan diri

Pasangan kekasih disambar petir ketika berdua-duaan di dalam kemah, remaja lelaki maut dan remaja perempuan tidak sedarkan diri

Seorang remaja lelaki maut disambar petir ketika berkhemah di salah sebuah kawasan Bukit Waruwangi, Kabupaten Serang Indonesia pada jam 11.30 pagi (waktu tempatan). 

Difahamkan, mangsa tiba di tapak perkhemahan tersebut sekitar jam 10.40 pagi (waktu tempatan) dan seterusnya telah mendirikan sebuah khemah yang telah mereka sewa dan disediakan di kawasan tersebut. 

Menurut Ketua Polis Cilegon, Sigit Dermawan berkata, sekitar jam 11.00 pagi mangsa bersama rakan wanitanya telah menyewa sebuah khemah berukuran 2×2 kemudian setelah mereka selesai mendirikan khemas saksi ada terdengar bunyi dentuman petir di sekitar tapak perkhemahan mereka. 

“Kemudian, pemilik khemah tersebut pun bertindak menghampiri ke arah khemah yang telah didirikan oleh  mangsa dan mendapati ia telah terkoyak dan rosak. 

“Saksi juga mendapati dua remaja yang berada dalam khemah tersebut tidak sedarkan diri dalam keadaan telentang,” jelasnya, lapor Detik. 

Memetik laporan media, seorang daripada mereka dilaporkan meninggal dunia dan seorang lagi berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. 




“Setelah itu, mangsa yang tidak sedarkan dibawa ke Pusat Kesihatan Padarincang kerana berada dalam keadaan terkejut menggunakan sebuah kenderaan milik pihak polis di sana. 

“Manakala mangsa yang dilaporkan meninggal dunia masih menunggu pihak keluarga dan sebuah ambulans di tempat kejadian untuk dibawa pulang,” jelasnya lagi.



@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE