VIDEO - Polis siasat kes tular salah faham, isu dera anjing


Polis siasat kes tular salah faham, isu dera anjing

“Kemudian, suami kepada pengadu pergi ke rumah lelaki tersebut untuk menegur, namun telah menyebabkan berlaku pertengkaran mulut."


KAJANG – Polis membuka dua kertas siasatan berhubung kes tular perselisihan faham antara penduduk dalam isu kejadian penderaan anjing di Bandar Teknologi Kajang di sini, tiga hari lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima dua laporan berasingan daripada seorang wanita pada 16 September dan seorang lelaki pada 17 September lalu.

Pada laporan pertama, katanya, wanita tersebut mendakwa melihat seorang lelaki tempatan telah melastik anjing liar yang berada di kawasan hadapan rumahnya.

“Kemudian, suami kepada pengadu pergi ke rumah lelaki tersebut untuk menegur, namun telah menyebabkan berlaku pertengkaran mulut.

“Laporan kedua pula melibatkan satu klip video yang tular dipercayai berlaku 17 September lalu sekitar pukul 8.55 malam apabila pengadu telah dicekik di bahagian leher baju oleh salah seorang lelaki lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Zaid berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan / 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.





“Manakala kes kedua disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan / 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.







“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes Insp. Muhamad Ali di 019-8660324,” ujarnya.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE