VIDEO - Polis tembak polis punca sakit hati isteri dimalukan dalam group whatsapp


Polis tembak polis, punca sakit hati kerana isteri suspek dimalukan dalam group whatsapp

"Isteri suspek dimalukan yang didakwa tidak membayar hutang dan dijadikan bahan jenaka dalam group tersebut menjadi motif pembunuhan. Mangsa ditembak pada bahagian dada kiri dan rebah depan mata anak isterinya" 

Seorang anggota polis maut ditembak rakan sekerjanya dalam satu serangan ketika suspek bertandang ke rumah mangsa. 

Mangsa bernama A.Karnain ketika kejadian berada di rumahnya sebelum didatangi suspek bernama Rudy Haryanto. Suspek mengetuk pintu rumah mangsa beberapa kali dengan kuat  membuatkan mangsa bergegas membuka pintu.

Sebaik pintu dibuka, suspek segera mengeluarkan pistolnya dan menembak pada bahagian dada kiri mangsa. Mangsa sempat melarikan diri ke arah bilik tidur untuk mengambil pistolnya namun mangsa yang berlumuran darah ketika itu rebah di depan mata anak istrinya. 

Suspek segera melarikan diri selepas kejadian tembakan itu. Mangsa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan tetapi gagal kerana mangsa telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. 

Tidak lama kemudian suspek berjaya ditahan pihak polis selepas laporan polis dibuat keluarga mangsa. 




Hasil siasatan awal, punca kejadian adalah kerana suspek sakit hati apabila istrinya dimalukan dalam group whatsapp mereka yang mendakwa isterinya tidak membayar hutang. 





Suspek ditahan bagi membantu siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE