VIDEO - Tak puas hati dipukul, cucu 10 tahun cekik nenek sampai hilang nyawa

Tak puas hati dipukul, cucu 10 tahun cekik nenek sampai hilang nyawa

"Nenek itu memukul kepala cucunya beberapa kali sebelum budak itu bertindak menumbuk dan mencekik neneknya hingga maut..."

SEORANG kanak-kanak berusia 10 tahun ditahan kerana membunuh neneknya dalam satu kejadian di Lalatun, Zhaodong, China.

Rakaman video tindakan kanak-kanak itu juga tular di media sosial di mana neneknya sebelum itu menegur sesuatu kepada cucunya itu.

Selepas ditegur, nenek itu memukul kepala cucunya beberapa kali sebelum budak itu bertindak menumbuk perut warga emas itu.

Kanak-kanak itu kemudian mencekik leher neneknya sambil dirakam rakannya yang turut memerli wanita tua tersebut kerana tidak berani memukul cucunya.

Menyedari perkara itu menjadi serius, perakam kemudian meminta kanak-kanak itu melepaskan neneknya.

Kanak-kanak itu berkeras dan terus mencekik leher neneknya sambil mengungkit dirinya dipukul.
Kekecohan yang berlaku menarik perhatian seorang wanita yang segera mengangkat kanak-kanak itu.

Namun, tindakan itu sudah terlewat kerana mangsa sudah tidak bernyawa lagi.

Berang dengan tindakan kanak-kanak itu, wanita itu kemudian memukul kanak-kanak berkenaan sambil memberitahu yang neneknya sudah meninggal dunia.

Menurut sumber, terdapat satu lagi video tular yang memaparkan kanak-kanak berkenaan telah ditahan polis.

Sumber itu berkata, kanak-kanak itu juga mendakwa rakannya yang meminta supaya dia melakukan tindakan kejam itu. — Agensi

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE