VIDEO - Wanita ludah pemandu e-hailing berakhir dengan pemohonan maaf takut disaman


Wanita ludah pemandu e-hailing berakhir dengan pemohonan maaf takut disaman

"Punca kejadian hanyalah kerana nombor plat yang dipesan pelaku melalui applikasi e-hailing tidak sama dengan nombor plat kenderaan yang menjemputnya..."


Seorang wanita telah tular di laman media sosial apabila videonya yang memarahi dan meludah pemandu e-hailing.

Punca kejadian hanyalah kerana nombor plat yang dipesan pelaku melalui applikasi e-hailing tidak sama dengan nombor plat kenderaan yang menjemputnya dan anak-anaknya. 

Wanita tersebut mula emosi saat memasuki kenderaan dan menyoal pemandu e-hailing berkaitan dengan nombor plat kenderaan tidak sama dengan nombor plat dalam applikasi e-hailing.

Pemandu e-hailing cuba menenangkan pelaku dengan menerangkan bahawa kenderaan yang selalu digunakan untuk menjemput pelanggan rosak. 

Enggan mendengar alasan pemandu tersebut wanita itu mula bertindak agresif dengan menyiku dan meludah mangsa. 

Video kejadian telah dikongsikan pemandu di group whatsapp e-hailing sebelum tular ke media sosial. Pihak pemandu e-hailing mendakwa mahu menyaman wanita tersebut atas perilakunya yang tidak sopan. 

Setelah video tersebut tular dan takut disaman, wanita beserta keluarganya telah berjumpa dengan pemandu e-hailing untuk memohon maaf secara terbuka dan mengakui kesalahannya. 




@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE