Hadkan umur wakil rakyat
"Wakil rakyat dalam lingkungan umur 70 hingga 75 tahun dilihat masih berupaya memimpin sekiranya kesihatan mereka mengizinkan" kata pakar perubatan
SHAH ALAM - Pakar perubatan berpandangan umur lingkungan 70 hingga 75 tahun adalah had maksimum sesuai bagi individu menyandang jawatan ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negara ini.
Ketua Kluster Perubatan dan Sains Kesihatan, Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Tan Sri Dr Mohd Amin Jalaludin berkata, wakil rakyat dalam lingkungan umur tersebut dilihat masih berupaya memimpin sekiranya kesihatan mengizinkan.
Menurutnya, dalam konteks politik, faktor umur bukanlah satu perkara serius perlu diambil kira.
“Sebaliknya, kewibawaan, ketokohan dan kemampuan memimpin merupakan agenda utama yang perlu diberi perhatian.
“Secara teknikalnya, faktor umur tidak boleh diambil kira kerana pemimpin berusia dilihat bersifat lebih matang, namun yang penting adalah kesihatan pemimpin itu sendiri.
“Wakil rakyat sama ada muda atau berusia juga mesti menjalani pemeriksaan kesihatan bagi mengelak Pilihan Raya Kecil terpaksa diadakan sekiranya berlaku perkara tidak diingini ke atas pemimpin berkenaan,” katanya.
Ujar beliau, arena politik negara memerlukan gabungan kerjasama pemimpin muda dan veteran yang matang dari segi umur serta pemikiran.
“Jika wujud percampuran antara generasi muda dan veteran, politik akan jadi lebih matang, sekali gus mampu mencorakkan negara ke arah lebih baik,” jelasnya.
(Had maksimum), perlu lihat kepada amalan (negara lain),” katanya.
Jelas Ahmad Marthada, definisi ‘fit’ atau cergas adalah terlalu subjektif dan perlu ada pe-ngukuran lebih saintifik.
“Contohnya, ‘fit’ dalam politik boleh bermaksud lagi lama berada dalam politik akan menjadi lebih matang dan rasional.
“Bila nak buat kriteria, tapi kriteria itu mestilah juga berdasarkan kajian saintifik. Kita tak boleh senang-senang kata orang tua tak boleh jadi wakil rakyat sebab dah berumur.
“Mungkin kita nak orang muda tetapi kematangan berfikirnya tak mencapai lagi sebagaimana diharapkan. Disebabkan itu, ada sesetengah negara laksanakan had minimum,” ujar beliau.
Tambahnya, penetapan seseorang calon itu bukan sekadar faktor fizikal semata-mata tetapi perlu melihat kepada tahap kesihatan dan kemampuan untuk berkhidmat.
“Kita kena ingat wakil rakyat adalah lawmaker yang perlu kepada kematangan dan membuat keputusan berkaitan dengan polisi,” jelas beliau.
@liputan7official