Kanak-kanak 3 tahun maut dipercayai didera pengasuh


Kanak-kanak 3 tahun maut dipercayai didera pengasuh

"Mangsa dan adik lelakinya berusia setahun dihantar untuk dijaga oleh suspek(28 tahun) dengan bayaran RM2,800 sebulan. Bapa mangsa bekerja di Singapura manakala ibunya bekerja di Yong Peng."


JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut dipercayai didera pengasuh yang jagaan kenalan bapa mangsa di Taman Skudai, di sini pada Ahad.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada bapa mangsa yang bertindak membuat laporan polis kira-kira jam 10 malam.


Katanya, aduan itu dibuat bapa mangsa sejurus dimaklumkan mengenai perkara terbabit daripada kenalan bapa mangsa yang juga suspek.

"Susulan daripada laporan diterima itu, suspek berusia 28 tahun dan pembantu rumah warga asing 40 tahun ditahan pada Isnin.

"Mangsa dan adik lelakinya berusia setahun dihantar untuk dijaga oleh suspek dengan bayaran RM2,800 sebulan. Bapa mangsa bekerja di Singapura manakala ibunya bekerja di Yong Peng.

"Kedua-dua kanak-kanak ini telah dijaga hampir tiga bulan oleh suspek dan juga pembantu rumah. Suspek juga mempunyai dua orang anak berusia tujuh hingga lima tahun," katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian di sini pada malam Isnin.

Menurut Kamarul Zaman, berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan dipercayai terdapat beberapa luka dan lebam di beberapa anggota mangsa dipercayai akibat didera namun tiada kecederaan pada pada adik mangsa.

"Polis akan mendapatkan keterangan daripada beberapa pihak termasuk rakan dan kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk dibedah siasat. Proses bedah siasat akan dilakukan pada Selasa," katanya.

Tambahnya, suspek yang bekerja sebagai jurujual mempunyai dua rekod lampau berkaitan jenayah.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan polis akan mendapatkan perintah tahanan reman kedua suspek di mahkamah pada Selasa.

"Siasatan menyeluruh akan dilakukan bagi memastikan dalang yang menyebabkan punca kematian kanak-kanak malang itu dibawa ke pengadilan," katanya.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE