Pemuda rosakkan kolam Deepavali akan dipanggil beri keterangan – polis

Pemuda rosakkan kolam Deepavali akan dipanggil beri keterangan – polis

POLIS mengesahkan kejadian seorang pemuda berbaju Melayu bertindak merosakkan hiasan kolam Deepavali berlaku di Klang selepas video tersebut tular.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, kejadian itu berlaku di Hospital KPJ Klang Specialist.

Katanya, video itu dikesan pada pukul 7.45 malam semalam.

Katanya kes itu kini diklasifikasikan dibawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja memudaratkan, atau cuba memudaratkan keadaan harmoni atau perpaduan selepas satu laporan dibuat Ketua Balai Polis Bandar Baru Klang.

“Pemuda tersebut akan dipanggil bagi memberi keterangan di Ibu Pejabat Daerah Klang Utara,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan sebarang tingkah laku atau tindakan yang boleh menjejaskan keharmonian negara.

Sementara itu, Hospital KPJ Klang dalam kenyataan berkata, pihaknya telah menerima makluman mengenai video yang didakwa bahawa kakitangannya bersikap tidak profesional.

“KPJ Klang tidak membenarkan sebarang tindakan yang tidak menghormati dalam kalangan kakitangan.

“Kami telah menjalankan siasatan dalaman dan tindakan tegas akan diambil sekiranya kakitangan kami terlibat,” tulis kenyataan itu.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE