VIDEO - Satu parah, empat cedera kemalangan tiga kenderaan

Satu parah, empat cedera kemalangan tiga kenderaan

“Siasatan mendapati kereta Vios di lorong tengah lebuh raya dipercayai dilanggar Range Rover dari arah belakang."

SHAH ALAM – Seorang lelaki parah manakala empat lagi cedera dalam kemalangan tular melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 17.1 Lebuh Raya Persekutuan di sini, hari ini.

Selain kereta Toyota Vios dipandu mangsa berusia 24 tahun, kejadian pukul 4.52 pagi itu melibatkan sebuah Perodua Bezza dan kenderaan utiliti sukan (SUV) Range Rover.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, lelaki itu bersama dua mangsa lain memandu dari arah Kuala Lumpur menghala ke Klang.

“Siasatan mendapati kereta Vios di lorong tengah lebuh raya dipercayai dilanggar Range Rover dari arah belakang.


“Pelanggaran itu mengakibatkan kereta berkenaan terbabas lalu melanggar pembahagi jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, perlanggaran itu turut menyebabkan SUV berkenaan terbabas ke sebelah kiri lebuhraya.

“Sebuah kereta Bezza yang datang dari arah belakang kemudian tidak sempat mengelak lalu turut melanggar Vios mangsa.

“Kejadian itu mengakibatkan seorang parah, manakala dua penumpang kereta dan dua pemandu lain cedera,” ujarnya

Kata Mohd. Iqbal, siasatan lanjut mengenai kejadian itu masih dijalankan pihaknya dengan setakat ini laporan polis diterima daripada pemandu kereta Vios sahaja.

“Kesemua individu yang cedera dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.




Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Hasrul Suhiami di talian 011-31215697 atau balai polis berdekatan. 

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE