Bayi Dihempap Pokok Ru Dilapor Meninggal Dunia

Bayi Dihempap Pokok Ru Dilapor Meninggal Dunia

“Mangsa (bayi) yang dihempap pokok telah kembali kepada sang penciptanya sebentar tadi."

Seorang bayi lelaki berusia setahun lima bulan dilaporkan meninggal dunia selepas enam jam bertarung nyawa di Hospital Melaka awal pagi ini berikutan dihempap pokok ru bersama ibunya semalam.

Memetik Sinar Harian, pemergian bayi terbabit dikongsikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Puteri, Tuminah Kadi.

Beliau berharap agar ahli keluarga khususnya ibu bapa mangsa tabah menghadapi ujian itu, maklumnya sewaktu dihubungi pihak hopsital pada jam 1.30 pagi tadi.

“Mangsa (bayi) yang dihempap pokok telah kembali kepada sang penciptanya sebentar tadi.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan diharapkan ibu dan ayah serta keluarga tabah dengan dugaan ini,” jelasnya.

Imbas kembali,  detik kegembiraan lima beranak bertukar duka selepas ibu bersama bayi berkenaan dihempap sebatang pokok ru sewaktu berkelah di Pantai Puteri, Tanung Kling.

Difahamkan, insiden itu berlaku sekitar jam 6.30 petang semalam.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE