Tiga rakan tak mengaku rompak guna pistol mainan


Tiga rakan tak mengaku rompak wang tunai RM 2669 guna pistol mainan

"Mohd. Aliff dalam rayuannya memohon agar kadar jaminan dikurangkan dan akan dibayar oleh bapanya yang tinggal di Sarawak kerana mengikuti jemaah tabligh"

ALOR SETAR - Dua penganggur dan seorang pembantu kedai telefon bimbit dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar atas tuduhan merompak di sebuah stesen minyak menggunakan pistol mainan di Kodiang, Kubang Pasu dua minggu lalu.

Setar atas tuduhan merompak di sebuah stesen minyak menggunakan pistol mainan di Kodiang, Kubang Pasu dua minggu lalu.


Walau bagaimanapun tertuduh, Mohd Aliff Danish Abdullah,24 Muhammad Iqmal Md Yusli,22 dan Mohd Zamanizam Mat Hassan, 29 tidak mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Juraidah Abbas pada Selasa.


Mengikut kertas pertuduhan, ketiga-tiganya telah melakukan rompakan berkumpulan terhadap seorang mangsa berusia 24 tahun dengan cara merompak wang tunai RM2669.70 dengan bersenjatakan pistol mainan.

Kejadian berlaku di sebuah stesen minyak di Kodiang, Kubang Pasu jam 4.15 pagi pada 12 November lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama dan jika disabit boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 puluh tahun dan sebat.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Negeri, Nur Syifa Mohd Hamzah manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.

Mohd. Aliff dalam rayuannya memohon agar kadar jaminan dikurangkan dan akan dibayar oleh bapanya yang tinggal di Sarawak kerana mengikuti jemaah tabligh

Manakala Muhammad Iqmal dan Mohd. Zamanizam menyatakan tiada waris yang hadir ke mahkamah untuk menjamin mereka.

Mahkamah kemudiannya membenarkan ketiga-tiga tertuduh dijamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan mereka semua perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap 1 hari bulan pada setiap bulan, hingga kes selesai.

Juraidah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 29 Disember depan.

Media sebelum ini melaporkan tiga suspek ditahan selepas merompak di sebuah stesen minyak di Kodiang menggunakan pistol mainan.

Penahanan ketiga-tiga mereka dilakukan di sekitar Jitra dan Changlun selepas sehari selepas rompakan tersebut dilakukan.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE