UMNO sokong kerajaan Perpaduan yang bukan diterajui PN

UMNO sokong kerajaan Perpaduan yang bukan diterajui PN

"Secara tidak langsung, UMNO memilih menyokong Perdana Menteri dari Pakatan Harapan (PH) iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim."

KUALA LUMPUR - Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan dan menyokong titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya Barisan Nasional (BN) menyokong dan mengambil bahagian dalam kerajaan Perpaduan yang bukan diterajui Perikatan Nasional (PN).

Secara tidak langsung, UMNO memilih menyokong Perdana Menteri dari Pakatan Harapan (PH) iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat MKT UMNO malam ini, mereka juga bersetuju semua wakil-wakil parti yang memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mematuhi dan menerima sebarang bentuk kerajaan Perpaduan atau lain-lain bentuk kerajaan yang bakal diperkenankan oleh Tuanku.

"MKT memperkukuhkan sokongan terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk terus kekal sebagai Pengerusi BN dan Presiden UMNO," kata kenyataan itu.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE