Lelaki nyaris maut motor dirempuh kereta, wheelie tak jadi
Jalan raya bukanlah tempat untuk menunjukkan aksi merbahaya kerana ianya bukan sahaja boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri malah menyusahkan pengguna jalanraya yang lain.
Satu video di media sosial tular seorang remaja dilihat cuba membuat aksi wheelie sebelum hilang keseimbangan dan terjatuh dari arah bertentangan manakala motorsikalnya terjatuh ke arah kereta bewarna putih yang bergerak laju mengakibatkan kereta tersebut tidak sempat memberhentikan kenderaan lalu merempuh motorsikal tersebut.
Kesan daripada pelanggaran itu pemandu mengalami kecederaan ringan manakala kondisi keretanya agak teruk. Rakaman CCTV telah menceritakan segalanya dan akan dijadikan sebagai bahan bukti untuk mendakwa penunggang motorsikal yang mengakibatkan kemalangan.
@liputan_7